Friday, April 15, 2011

ANTARA BENCI DAN RINDU

                                                                                                            


ANTARA BENCI DAN RINDU antara nvel terbaik dari Kaki Novel.. (bg akulah.. bg org lain aku xtaw).. ia adalah karya on9 yg dibukukan.. mmg xrugi aku merantau ke seluruh kedai buku bru la terjumpa nvel ni.. yg terletak elok di atas rak buku di kedai buku banggol.. (nk promote ckit ni).. hehe.. Sape2 yg mint kumpul nvel, tpi xbuat kleksi lg nvel ni, eloklah prgi cari kat kdai.. tpi aku xtaw la ad stok ke xlg.. sbb nvel ni dah lama.. xslap aku awal thun lepas kot.. huhu.. ceritanya mmg menarik.. n dialog pun ok.. xd yg aku xphm.. apa yg lain ckit, cerita ni ttg perkahwinan ke2 antara Rizal n Ifa.. sebelum ni diorang dah kahwin.. tpi Rizal xhrgai Ifa, tpi sbliknya sibuk duk layan makwe dia si Anne.. Tapi biasalah, manusia, hnya mhargai setelah kita khilangan sesuatu tu.. selama ada, xreti nk bersyukur.. Setelah bercerai ngn Ifa n Rizal kahwin dgn Anne, brulah dia sedar yang dia sebenarnya cntakan Ifa.. bukan Anne.. aduh, lelaki! mudahnya beralih arah.. n sejak tu dia mula berubah.. setelah beberapa thun, diaorg bertemu semula. masa tu rizal dah pun bercerai dgn Anne.. Mereka berjumpa tpi Ifa xtaw sama ada perasaannya masih ada atau tak pada Rizal sbb luka yg Rizal berikan buatnya terlalu dalam. Tapi Rizal ni pandai gk ambil kesempatan, sbb masa Ifa ksempitan wang utuk ubtkan mak dia yg tgh sakit tu, Rizal menawarkan pertolongan dgn syarat Ifa perlu mgahwininya. Dalam nvel ni watak antagonis xd.. Kira watak ke3 yg suka suki nk hancurkan rumah tga hero n heroin xd la.. tpi kalau part cmburu buta tu ad.. biasalah, cemburukan tndanya syg.. tpi part yg aku rasa bez skli masa Ifa kna culik n penculik tu mntak wang tebusan RM 1 juta.. Ifa mmg trkjut n tkut klu laki dia xd duit sbyk tu. Tpi mmg terkejut sbb pnculik tu ckp laki dia ada smpanan sepuluh juta... Wahhhhh.. klu aku dpt laki kaya mcm ni, kan bez... duk umh goyang kaki jer.. tiap bulan bley g hneymoon.. haha.. aku ni.. xreti betul nk bersyukur ngn nkmat yg Dia bg.. huhu.. pepun, nvel ni mmg bez..


TAJUK: ANTARA BENCI DAN RINDU
PENULIS: IDA FARISYA
PENERBIT: KAKI NOVEL
HARGA: RM 19
UNDIAN: 5 BINTANG


SINOPSIS:
Kenangan lama yang masih segar tercalit dalam ingatannya membuatkan dia menolak kehadiran yusrizal, seorang lelaki yang dirasakan pemabuk, kaki perempuan dan juga panas baran. Namun, siapa dapat menghalang kuasa Allah? Jodoh mereka terlalu kuat sehingga menyebabkan Nur halifah terpaksa menerima kehadiran lelaki itu.
Dalam masa yang sama, kekasih lamanya, iaitu Daniel datang menagih kembali cintanya. Tapi tidak mungkin dia akan menerima lelaki itu kerana Daniel sudah bertunang. Dia tidak mungkin akan melukakan hati wanita lain kerana dia juga seorang wanita. Dia sudah merasakan kesakitan, dan tidak mungkin dia akan membiarkan kesakitan itu dirasai wanita lain.
Dalam usahanya mengelak untuk jatuh cinta dengan Yusrizal, semakin banyak sikap positif yang terserlah pada lelaki itu. Di saat harapan mula menyinar, Nur Halifah dikejutkan dengan kehadiran Anne, bekas isteri Yusrizal.
Apakah Nur halifah bisa menerima hakikat di hadapan matanya? Atau menolak semua itu tanpa mengendahkan isi hatinya? Antara Benci dan Rindu ada jawapannya.

No comments:

Post a Comment