
BYAK kali aku pergi Popular tapi xpnh nk beli nvel ni hinggalah aku tgk byk komen ttg buku ni. Ramai orang kata buku ni bez.. So, aku pun pergi carilah nvel ni. Sanggup aku ajk mummy aku pergi kedai buku semata-mata nk beli nvel ni taw.. hehe.. Novel ni nipis jer.. xde la tbal sangat.. Separuh dari tebalnya novel Lafazkan Kalimah Cintamu.. hehe.. Kiranya dalam masa beberapa jam je dah boleh abih. genre cter ni ringan je, tak de konflik2 yg menyesakkan kepala. So, kpd students yg nk ambil exam, blehlah rehat minda dgn layan cerita ni kejap. Tapi bagi aku adalah part2 yg tak logik. Bukan apa, aku rasa usia si Syah tu muda sgtlah dalam cter ni.. bru 17..(pdhal aku jelez coz aku yg tue lg ni xdpt jd heroin.. hehe).. 1 lg masa Syah tu dapat blajar kat utm, diorg pnyer gaya macam utm tu kat oversea je.. Masa Syah nak berpisah ngan famili dia, diorg bercakap seolah-olah Syah tu xkan balik rmh dalam tmpoh 4 thun.. kira mcm spnjang Syah tu stdy kat utm, dia xkan bliklah.. walhal rumah dia ngn utm tu still kat mlysia lgi.. huhu... tpi ni skadar pndangan aku jer.. hehe.. bg aku jln cerita yg lain tu kira dh okla.. adalah jugak part2 klakar, yg boleh reliz tensen.. haha
JUDUL: AKULAH CINDERELLA
PENULIS: NOZI DANISYA
PENERBIT: KAKI NOVEL
HARGA: RM 18
UNDIAN: 3 BINTANG
SINOPSIS
Nur Aisyah, gadis manis bertukar imej tomboi untuk mengelakkan diri daripada dibuli oleh orang kampung. Dia yang dipanggil Syah terpaksa berhenti sekolah dan bekerja untuk menyara lima orang adik-adiknya selepas kematian ibu bapanya. Pada malam semasa pulang bekerja, dia telah bertembun......g dengan kereta Shafiq yang membawa kepada pergaduhan besar di antara mereka. Semenjak itu, Syah mengisytiharkan perang ke atas Shafiq. Secara kebetulan juga Syah telah menyelamatkan nyawa Datin Zulaikha, seorang wanita kaya yang baik hati dan juga ibu kepada Shafiq. Kesengsaraan hidup Syah telah menyentuh hati Datin Zulaikha dan cuba untuk membalas budi baik gadis itu dengan mengambil Syah dan adik-adiknya sebagai anak angkatnya tanpa pengetahuan lelaki itu. Bagaimanakah reaksi Shafiq?
"Apa ni? Nak cari gaduh ke?"
"Apa dia? Aku buat apa?"
"Kau luku kepala aku tu kenapa?"
Bolehkah mereka berdamai? Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik-adiknya? Adakah Syah akan selamanya menjadi tomboi dan bersikap dingin dengan Shafiq?
‘Akulah Cinderella’ ada jawapannya.


No comments:
Post a Comment