Friday, April 15, 2011

JODOH ATAU CINTA

                                                                                                             

NOVEL NI aku pun xtahu dah berapa kali aku ulang baca.. xpnah jemu.. so, korang pham2 la bez or tak citer ni.. huhu.. law dh khatam berkali2, kira bez la tue.. haha.. mcm Antara Benci dan Rindu, nvel ni pun kaya on9 yg dibukukan.. law xclap akulah.. pepun, korang bleh baca bab2 awal kat penulisan2u.. (aku tgh promote ni, patut kne bg aku kmisyen).. aku pun xtaw nk kmen apa, sbb aku mmg rasa nvel ni bez.. itu jelah kot yg aku bleh cakap.. haha.. bgi aku nvel ni kelakar.. mmg pndai la pnulis ni mghidupkan watak.. rasa macam iman tu aku jer.. n danish tu, tok imam aku nnti.. haha.., mmg klakar n romantika de amour la.. haha..


JUDUL: JODOH ATAU CINTA
PENULIS: IMAN NIZRINA
PENERBIT: KAKI NOVEL
HARGA: RM 19
UNDIAN:5 BINTANG

SINOPSIS:
Tengku Iman Umairah gadis yang jarang sekali menggunakan ‘Tengku’ di pangkal namanya berkahwin atas dasar kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk  menyambung pelajarannya di luar negara. Dibenci oleh ibu bapa mentua dan suaminya sendiri atas alasan perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato’ Arif bapa mentuanya.
Empat tahun hidup seperti gadis bujang tidak sedikit pun membuatkan Iman terfikir akan perpisahan. Walaupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing-masing, tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. Rasa rindu,marah,geram,sayang bercampur aduk setiap masa. Apabila Iman disapa mesra lelaki lain,Danish melenting. Iman pula apabila Danish bermesraan dengan Maya,si gedik yang menyesakkan ,dia akan berjauh hati. Masing-masing saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.
Terlalu banyak peristiwa yang membuatkan cinta dalam diam mereka kembali menjadi satu. Dato’ Arif,Datin Hajar, Tengku Farid, Arissa menjadi tulang belakang cinta mereka. Saat cinta bukan milik mereka,jodoh mengikat mereka. Kala hati berirama cinta,jodoh seolah bukan lagi milik mereka. Jodoh atau cinta? Yang mana hak mereka?

ANTARA BENCI DAN RINDU

                                                                                                            


ANTARA BENCI DAN RINDU antara nvel terbaik dari Kaki Novel.. (bg akulah.. bg org lain aku xtaw).. ia adalah karya on9 yg dibukukan.. mmg xrugi aku merantau ke seluruh kedai buku bru la terjumpa nvel ni.. yg terletak elok di atas rak buku di kedai buku banggol.. (nk promote ckit ni).. hehe.. Sape2 yg mint kumpul nvel, tpi xbuat kleksi lg nvel ni, eloklah prgi cari kat kdai.. tpi aku xtaw la ad stok ke xlg.. sbb nvel ni dah lama.. xslap aku awal thun lepas kot.. huhu.. ceritanya mmg menarik.. n dialog pun ok.. xd yg aku xphm.. apa yg lain ckit, cerita ni ttg perkahwinan ke2 antara Rizal n Ifa.. sebelum ni diorang dah kahwin.. tpi Rizal xhrgai Ifa, tpi sbliknya sibuk duk layan makwe dia si Anne.. Tapi biasalah, manusia, hnya mhargai setelah kita khilangan sesuatu tu.. selama ada, xreti nk bersyukur.. Setelah bercerai ngn Ifa n Rizal kahwin dgn Anne, brulah dia sedar yang dia sebenarnya cntakan Ifa.. bukan Anne.. aduh, lelaki! mudahnya beralih arah.. n sejak tu dia mula berubah.. setelah beberapa thun, diaorg bertemu semula. masa tu rizal dah pun bercerai dgn Anne.. Mereka berjumpa tpi Ifa xtaw sama ada perasaannya masih ada atau tak pada Rizal sbb luka yg Rizal berikan buatnya terlalu dalam. Tapi Rizal ni pandai gk ambil kesempatan, sbb masa Ifa ksempitan wang utuk ubtkan mak dia yg tgh sakit tu, Rizal menawarkan pertolongan dgn syarat Ifa perlu mgahwininya. Dalam nvel ni watak antagonis xd.. Kira watak ke3 yg suka suki nk hancurkan rumah tga hero n heroin xd la.. tpi kalau part cmburu buta tu ad.. biasalah, cemburukan tndanya syg.. tpi part yg aku rasa bez skli masa Ifa kna culik n penculik tu mntak wang tebusan RM 1 juta.. Ifa mmg trkjut n tkut klu laki dia xd duit sbyk tu. Tpi mmg terkejut sbb pnculik tu ckp laki dia ada smpanan sepuluh juta... Wahhhhh.. klu aku dpt laki kaya mcm ni, kan bez... duk umh goyang kaki jer.. tiap bulan bley g hneymoon.. haha.. aku ni.. xreti betul nk bersyukur ngn nkmat yg Dia bg.. huhu.. pepun, nvel ni mmg bez..


TAJUK: ANTARA BENCI DAN RINDU
PENULIS: IDA FARISYA
PENERBIT: KAKI NOVEL
HARGA: RM 19
UNDIAN: 5 BINTANG


SINOPSIS:
Kenangan lama yang masih segar tercalit dalam ingatannya membuatkan dia menolak kehadiran yusrizal, seorang lelaki yang dirasakan pemabuk, kaki perempuan dan juga panas baran. Namun, siapa dapat menghalang kuasa Allah? Jodoh mereka terlalu kuat sehingga menyebabkan Nur halifah terpaksa menerima kehadiran lelaki itu.
Dalam masa yang sama, kekasih lamanya, iaitu Daniel datang menagih kembali cintanya. Tapi tidak mungkin dia akan menerima lelaki itu kerana Daniel sudah bertunang. Dia tidak mungkin akan melukakan hati wanita lain kerana dia juga seorang wanita. Dia sudah merasakan kesakitan, dan tidak mungkin dia akan membiarkan kesakitan itu dirasai wanita lain.
Dalam usahanya mengelak untuk jatuh cinta dengan Yusrizal, semakin banyak sikap positif yang terserlah pada lelaki itu. Di saat harapan mula menyinar, Nur Halifah dikejutkan dengan kehadiran Anne, bekas isteri Yusrizal.
Apakah Nur halifah bisa menerima hakikat di hadapan matanya? Atau menolak semua itu tanpa mengendahkan isi hatinya? Antara Benci dan Rindu ada jawapannya.

Thursday, April 14, 2011

TERLANJUR MENYINTAIMU

                                                                                                             

BAGI insan2 yang suka baca cerpen on9 kat penulisan2u macam aku ni, msti knal pmilik nama SYAMNURIEZMIL nikan? haha.. Aku ni wlu bkan peminat fanatik dia, tapi selalu jgklah aku baca krya2 dia.. menarik.. that y la aku tak teragak2 nk pergi cari nvel ni sblum stok khabisan.. haha.. Bleh tahanlah.. tpi aku rasa ada byk yg pelu dperbaiki lagi..=).. jgn marah.. tpi mkin tu pndangan aku jelah kot.. sebab komen2 dalam fb mmg aku rasa hmpir semualah ckp nvel ni best.. hehe.. aku pun xckp nvel ni xbest.. nvel ni best.. cma plu dpbaiki jer.. biasalah, tema cinta lps khwin nikan dh brlambak.. (Kleksi aku pun 70 pratus cinta lpas khwin).. smpai kakak aku yg anti nvel tu ckp, 'asyik kena kahwin paksa. mula2 bnci, lpas tu jatuh cnta.. pastu dtg org ketiga.. suami jeles pun jeles..' haha.. tu komen kakak aku.. bkan aku ye.. so, bla dh ramai pnulis yg mengangkat tema yg sama, pmbaca pun mesti mncari kelainan, kan? mula mmbandingkan setiap nvel yg dibacanya. macam kita nak makan mi.. mcm2 mi yg ada d depan kita.. mi tmyam, mi rebus.. mi greng.. n asasnya sama, iaitu mi.. mestilah kita pilih btul2.. tgk apa ramuan mi rebus.. sesuai tak dgn selera kita.. pastu tgk mi greng plak.. apa yg ada dlamnya.. haha.. ni bg org cerewetla.. bg yg aci redah mcm aku ni, nmpak sedap, trus rembat.. klu ada kuota lg, tmbah bnda lain plk,kan? aduyai.. apa yg aku mengarut ni? dari cakap sal nvel.. dah masuk mi greng la.. apa lah.. nmpak sgt prut tgh lapar.. haha

JUDUL: TERLANJUR MENYINTAIMU
PENULIS: SYAMNURIEZMIL
PENERBIT:KARYA SENI
HARGA: RM 18
UNDIAN: 3 BINTANG

SINOPSIS:
JOHAN ISKANDAR mempunyai dua sebab mgapa dia terpaksa mgahwini Tengku Hanis Zulaika. Satu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab Izhar, ayahnya. Tercetus satu perasaan di antara dia dan Tengku Hanis. Sudah terlanjur menyintai isteri paksaannya, apakah Tengku Hanis menerima Johan setelah mendapat tahu sebab utama Johan mengahwininya?
Johan Iskandar: "Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar sudah jatuh cinta dengan Tengku hanis Zulaikha, tak ada... dan tak akan ada wanita lain di hati Johan Iskandar selain Tengku Hnis Zulaikha.

TENGKU HANIS terpaksa menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat. Dia mulanya tidak menyintai Johan disebabkan rasa takut ditinggalkan. Tetapi dalam diam, dia sudah terlanjur menyintai Johan. Adakah Tengku Hanis akan rela membuka sepenuh pintu hatinya kepada Johan Iskandar?
Tengku Hanis Zulaikha: "Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hati tidak pernah merindu dan cemburu."

Wasiat Tok Din mempunyai due-date, adakah kedua-dua mereka berjaya memenuhi wasiat itu sebelum tamat tempohnya?

AKULAH CINDERELLA

                                                                                                         

BYAK kali aku pergi Popular tapi xpnh nk beli nvel ni hinggalah aku tgk byk komen ttg buku ni. Ramai orang kata buku ni bez.. So, aku pun pergi carilah nvel ni. Sanggup aku ajk mummy aku pergi kedai buku semata-mata nk beli nvel ni taw.. hehe.. Novel ni nipis jer.. xde la tbal sangat.. Separuh dari tebalnya novel Lafazkan Kalimah Cintamu.. hehe.. Kiranya dalam masa beberapa jam je dah boleh abih. genre cter ni ringan je, tak de konflik2 yg menyesakkan kepala. So, kpd students yg nk ambil exam, blehlah rehat minda dgn layan cerita ni kejap. Tapi bagi aku adalah part2 yg tak logik. Bukan apa, aku rasa usia si Syah tu muda sgtlah dalam cter ni..  bru 17..(pdhal aku jelez coz aku yg tue lg ni xdpt jd heroin.. hehe).. 1 lg masa Syah tu dapat blajar kat utm, diorg pnyer gaya macam utm tu kat oversea je.. Masa Syah nak berpisah ngan famili dia, diorg bercakap seolah-olah Syah tu xkan balik rmh dalam tmpoh 4 thun.. kira mcm spnjang Syah tu stdy kat utm, dia xkan bliklah.. walhal rumah dia ngn utm tu still kat mlysia lgi.. huhu... tpi ni skadar pndangan aku jer.. hehe.. bg aku jln cerita yg lain tu kira dh okla.. adalah jugak part2 klakar, yg boleh reliz tensen.. haha


JUDUL: AKULAH CINDERELLA
PENULIS: NOZI DANISYA
PENERBIT: KAKI NOVEL
HARGA: RM 18
UNDIAN: 3 BINTANG

SINOPSIS
Nur Aisyah, gadis manis bertukar imej tomboi untuk mengelakkan diri daripada dibuli oleh orang kampung. Dia yang dipanggil Syah terpaksa berhenti sekolah dan bekerja untuk menyara lima orang adik-adiknya selepas kematian ibu bapanya. Pada malam semasa pulang bekerja, dia telah bertembun......g dengan kereta Shafiq yang membawa kepada pergaduhan besar di antara mereka. Semenjak itu, Syah mengisytiharkan perang ke atas Shafiq. Secara kebetulan juga Syah telah menyelamatkan nyawa Datin Zulaikha, seorang wanita kaya yang baik hati dan juga ibu kepada Shafiq. Kesengsaraan hidup Syah telah menyentuh hati Datin Zulaikha dan cuba untuk membalas budi baik gadis itu dengan mengambil Syah dan adik-adiknya sebagai anak angkatnya tanpa pengetahuan lelaki itu. Bagaimanakah reaksi Shafiq?

"Apa ni? Nak cari gaduh ke?"

"Apa dia? Aku buat apa?"

"Kau luku kepala aku tu kenapa?"

Bolehkah mereka berdamai? Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik-adiknya? Adakah Syah akan selamanya menjadi tomboi dan bersikap dingin dengan Shafiq?

‘Akulah Cinderella’ ada jawapannya.

Monday, April 4, 2011

CINTA.. APAKAH BENAR MEMOTIVASIKAN KITA?

Orang kata, cinta itu ada kuasa istimewa. Cinta boleh membuatkan orang kuat untuk mencapai sesuatu di dalam kehidupannya. Ada seorang lelaki yang bercinta dengan seorang wanita pernah berkata kepada saya bahawa, segala perubahan ke arah kebaikan di dalam kehidupannya berlaku adalah kerana cintanya kepada seorang perempuan.

Dan tidak kurang juga yang jatuh dari kebaikan kepada keburukan, kerana cinta. Tetapi oleh kerana biasanya manusia akan ‘mabuk cinta’, maka saya suka nak fokuskan kepada cinta yang memberikan motivasi untuk bergerak ke arah
kebaikan. Sebab biasanya, tidak akan ada manusia yang hendak mengaku bahawa cintanya membawa kepada keburukan.

Dan kalau diberikan kepada saya, saya sendiri akan menyatakan bahawa apa yang dinamakan ‘Cinta’ itu, memang tidak akan memberikan apa-apa melainkan kebaikan semata-mata.
Jadi, di sini kita duduk sebentar dan melihat.

Motivasi itu membawa ke arah….

Beberapa orang yang bercouple, atau dengan mudahnya saya terjemahkan sebagai ‘bercinta di luar batasan syara’, berusaha keras membuktikan bahawa hubungan mereka tidak mendatangkan apa-apa melainkan kebaikan.
Mereka akan berusaha untuk sama-sama cemerlang di dalam peperiksaan agar mampu membuktikan bahawa ‘couple’ mereka itu adalah satu perbuatan yang benar dan tidak ada padanya keburukan.

Bahkan, ada juga yang cuba membuktikannya dengan menunjukkan perubahannya ke arah peningkatan rohaniah, seperti semakin rajin membaca Al-Quran, semakin rajin ke masjid, semakin rajin bangun qiamullail dan sebagainya.
Mereka menyatakan bahawa, cinta mereka tadi memotivasikan mereka.

Tetapi saya melihat, mereka becinta dengan cara yang saya sendiri tak namakannya sebagai ‘cinta’. Namun oleh kerana masyarakat suka menamakan itu sebagai cinta, maka di sini saya pakai perkataan cinta, atau membawa maksud sebagai ‘hubungan di luar batasan syara’. Pendek kata, cinta mereka berjalan dengan perjalanan yang tidak berada dalam pagar-pagar syara’.

Keluar berdua-duaan, perbualan tanpa batasan dan terketeikatan dengan syara’, bahkan ada yang berpegang-pegangan tangan, bergesel badan, dan tidak kurang juga yang menggunakan pelbagai ‘pertahanan syara’ seperti alasan menjadi ‘muroqib’(istilah penjaga bagi menemani perempuan yang keluar berjalan di timur tengah ini), alasan berhubungan sebab program dan sebagainya namun isi perhubungan itu penuh dengan pelanggaran-pelanggaran batas yang sepatutnya. Belum dikira dengan pelanggaran batas syara’ secara persendirian seperti menampal gambar pasangan yang masih belum sah itu di dinding, di dalam buku dan sebagainya, melihatnya berkali-kali kononnya melepas rindu yang terbuku di dalam hati, dan bermacam-macam lagi.

Dan mereka menyatakan, hubungan mereka itu benar, tiada salahnya, atas pembuktian kecemerlangan dalam bidang akademik, dan juga pembuktian peningkatan ‘rohaniah’ mereka sebentar tadi.

‘Pause’

Saya menekan butang ‘pause’ agar yang berfikiran demikian boleh ‘berhenti sebentar’ dari berfikiran demikian dan melihat satu pandangan lain. Saya tidak kisah sama ada pandangan ini akan diterima atau ditolak, akan dipuji atau dihentam, sekurang-kurangnya selepas butang ‘play’ ditekan, dan diri kita masing-masing meneruskan kehidupan, maka terlepas sudah daripada bahu saya tanggungjawab memberikan peringatan.
Jadi, ‘pause’ ya. Biar saya sahaja yang bergerak.

Melihat semula kepada satu pengakhiran yang hakiki

Oleh kerana kita menekan butang ‘pause’, maka semuanya terhenti. Masa kini terhenti. Hubungan kita dan dia, bersama-sama ‘Cinta Yang Memotivasikan’ tadi turut terhenti. Lihat sebentar kepada apa yang kita namakan cinta tadi. Hubungan yang dikatakan tiada keburukan tadi. Pembuktian-pembuktian kita tadi.

Baik. Sudah lihat? Sekarang saya hendak menekan butang ‘fast forward’. Kita hendak pergi ke pengakhiran. Oh, oh, bukanlah pengakhiran itu bermaksud hubungan tadi berjaya kekal ke alam perkahwinan atau tidak. Bukan dan bukan.
Pengakhiran yang saya maksudkan adalah pengakhiran yang sebenar.

Akhirat.

Agak-agak, ‘hubungan Cinta Yang Memotivasikan’ kita tadi akan pergi ke mana?

Sebelum saya menjawab, maka dengan seronoknya saya menukilkan satu hadith yang mana hadith ini sentiasa diletakkan di dalam bab yang pertama dalam banyak kitab-kitab hadith. Mengapa diletakkan di tempat yang pertama? Kerana hadith ini menunjukkan bahawa, yang pertama itulah yang menentukan yang akhir. Apa yang pertama yang dimaksudkan itu?
Lihatlah hadith ini:

Daripada Amirul Mukminin Abi Hafsin Umar ibn Khattab RA bahawa dia berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:Sesungguhnya setiap amal itu adalah dengan niat, dan sesungguhnya untuk setiap orang itu apayang diniatkan olehnya, barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya akan menuju kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya untuk dunia atas kesenangannya, atau perempuan untuk menikahinya, maka hijrahnya akan menuju kepada apa yang ditujunya(dunia dan perempuan tadi)”


Hadith ini diriwayatkan oleh Bukhari di awal Kitab Sohihnya, dan di dalam Al-Iman(Bab Apa yang datang dengan amal bersama niat yang baik dan untuk setiap manusia itu apa yang diniatkan olehnya) dan di lima lagi tempat yang lain di dalam Kitab Sohihnya. Dan Muslim juga meriwayatkannya di dalam Al-Imazah(Bab Sabda SAW: Sesungguhnya setiap amal itu dengan niat) dan diriwayatkan juga oleh Abu Dawud dalam kitab At-Talaq dan Tirmidzi dalam Kitab Fadho’il Al-Jihad dan Ibn Majjah dalam Kitab Az-Zuhd dan An-Nasai dalam Kitab At-Toharoh dan Daruqutni dan Ibn Hibban dan Al-Baihaqi.

Kita menekan butang ‘rewind’ hinggalah ke tempat kita menekan ‘pause’ tadi. Oh, kita lihat akan kecemerlangan akademik yang kita canangkan sebagai pembuktikan ‘kebaikan cinta kita’ tadi. Oh, kita lihat juga akan peningkatan rohaniah yang kita nyatakan sebagai bukti ‘kebersihan cinta kita’ tadi. Dan kita lihat sekilas ‘bagaimana kita bercinta’ pula, dan kemudian kita pergi kepada ‘sebab berlakunya peningkatan dan kecemerlangan’ tadi.
Kemudian sekali lagi kita menekan butang ‘fast forward’ menuju ke pengakhiran yang hakiki. Agak-agak kita berakhir di mana?

Dan barangsiapa yang hijrahnya untuk dunia atas kesenangannya, atau perempuan untuk menikahinya, maka hijrahnya akan menuju kepada apa yang ditujunya(dunia dan perempuan tadi)”

Pendek kata, kita akan ke neraka Allah SWT. Kecemerlangan kita, solat kita, qiamullail kita, bacaan Al-Quran kita, semuanya terbina bukan atas keimanan kita kepada Allah SWT. Tetapi terbina atas satu perkara yang tidak syara’. Maka kita akan pergi ke arah apa yang kita niatkan tadi. Kita akan pergi ke arah ‘sebab mengapa peningkatan itu berlaku’ tadi

Kita tidak akan pergi kepada Allah SWT.
Ya, itulah pengakhiran kita.
Jika terus dengan apa yang kita namakan cinta tadi.

Saya masih bersetuju bahawa ‘cinta’ itu memotivasikan

Tetapi, saya tetap bersetuju bahawa ‘cinta’ itu memotivasikan. Ah, saya tidak bercakap akan cinta tadi. Jika perasaan, ada perbezaan ‘cinta’ yang saya sebutkan, dengan cinta yang orang selalu sebut. Sebab itu pada saya, ‘cinta’ ini kekal suci dan bersih, dan tidak akan memberikan apa-apa keburukan kepada yang menjalankannya.

Hal ini kerana, definisi ‘cinta’ saya adalah: “Hendak bersama dengan dia ke syurga.”

Iya. Itulah dia ‘Cinta’ pada saya. Selain definisi itu, saya tidak akan menerimanya.

Pada saya, apabila kita hendak bersama dengan seseorang itu ke syurga, maka kita akan termotivasi untuk menjaga syara’ seketat yang kita boleh, semampu yang kita mampu. Pada saya, apabila kita hendak bersama dengan seseorang itu ke syurga, kita memang akan studi sungguh-sungguh sebab kita tahu pemalas dan culas bukanlah ciri-ciri orang yang akan masuk syurga. Pada saya, apabila kita hendak bersama dengan seseorang itu ke syurga, kita memang akan berusaha mempertingkatkan rohaniah kita, ibadah kita, akhlak kita, kerana jelas kepada kita bahawa itulah dia ciri-ciri ahli syurga.

Dan pada masa yang sama, kita akan menjaga hubungan kita dengannya agar tidak termasuk di dalam hubungan kita ‘ism-ism yang tidak syara’ yang mampu melemparkan kita dan dia ke neraka Allah SWT. Maka, segala apa yang tidak syara’, yang Allah larang, tidak akan kita masukkan di dalam hubungan kita dengan dia.

Itulah dia ‘Cinta yang memotivasikan’ buat saya.

Nak masuk syurga dengan dia, adalah Cinta Yang Memotivasikan, dan Cinta Yang Tiada Keburukan Di Dalamnya.
Apakah mungkin ahli syurga terdiri daripada mereka yang tidak merasakan apa-apa dengan dosa, dan tidak bersegera pulang kepada Allah SWT? Mustahil.

Penutup: Tekan butang ‘play’

Itulah dia. Saya menulis artikel ini pada 14 Februari, pada hari orang ramai menyambut Valentine’s Day. Kononnya hari ini adalah menifestasi cinta. Saya yakin, ada sahaja perempuan yang kehilangan daranya hari ini kerana kononnya itulah dia terjemahan cintanya. Belum dikira yang melanggar batas-batas syara’ yang kononnya ringan seperti pegang tangan, dating berdua, bergesel badan dan sebagainya.

Tetapi itu semua membawa kita ke mana?

Bukan ‘dapat kahwin dengan dia atau tak dapat’ yang kita risaukan. Saya tidak pernah mengambil ukuran ‘dapat kahwin dengan dia atau tak dapat’ sebagai ukuran kejayaan sesuatu percintaan.

Tetapi kejayaan sesuatu percintaan itu pada saya adalah, ‘berjaya ke syurga bersama-sama dnegan dia, atau tidak’. Itu dan itu sahaja.

Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW mencintai kita.
Bukankah dia membawa kita ke syurga dan mencegah kita daripada neraka?
Itulah dia ‘Cinta’.

Jadi, saya telah menekan butang ‘play’.
Bergeraklah kita masing-masing dalam kehidupan sendiri. Sama ada mahu hidup dengan pandangan saya tadi, atau kekal dengan ‘cinta yang di awal tadi’, terpulang kepada diri sendiri.

Allah, saksikanlah bahawa aku telah menyampaikan.

*Sumber : Langit Ilahi.com

Sunday, April 3, 2011

LILI BUAT NAJAH..


                                                                                 
Sori.. Coz aku xjmpa gmbr yg besar saiznya tuk upload kat cni.. hehe.. Lili Buat najah ni, best lain dri yg lain.. Mmg mnyentuh hati la.. bgi aku Nzaurah Aishah mmg pndai tulis cerita sedih.. Bla kita baca kryanya, seolah2 itu kisah kita.. Kira kesedihan tu mmg btul2 dirasai la.. Btw, mulanya aku igtkan najah tu heroin nya.. Rupanya nama hero.. hehe.. aku rase mdsti ramai gk yg tertukar,kan? Penulis pndai buat kita bersimpati pda watak Najah yg sakit n kerisauan Natasya yg jd isterinya tu.. tpi pd masa yg sama kita boleh jd gram pada najah. Mana xnya, si Natasya tu sedaya upaya nk bg kegembiraan pd Najah, nk habiskan masa ngn najah.. tp ada ke patut Najah ajk abg sepupu Tasya tinggal ngan diorg n dlm masa yg sama dia cuba 'keneng'kan Natasya n Hariz.. Mmg part tu aku jd bengang gler r kat Najah tu.. huhu.. So, kpd peminat nvel, apa kate kita tukar selara plak kali ni.. kmpem xnyesal.. Cma pesanan penaja, jgn lupa sediakan tisu byk2 k.. haha

TAJUK:LILI BUAT NAJAH
PENULIS: NAZURAH AISHAH
PENERBIT: JEMARI SENI
HARGA: RM21
UNDIAN:5 BINTANG          

ANDAI SEORANG LELAKI DATANG...

Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...
Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman...
Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur...
Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya...
Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya...

Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu...

MUNGKIN PADA PANDANGAN LELAKI ITU,


"Kau sangat comel pada mataku"
"Kau dah seperti adik kandungku"
"Lu keras macam tomboy takkan lu nak feeling dengan gua"
"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit"
"Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku"
"Aku tahu kau sunyi, aku tak kisah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti"
"Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang 'menumpangkan' bahuku"
"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain"

TETAPI WAHAI PEREMPUAN, ADAKAH ITU YANG KAMU MAHU DAN DAMBAKAN? ADAKAH ITU YANG KAMU PERLUKAN?

Andai seorang lelaki itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...


BERANIKAN diri untuk BERUNDUR
GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR
TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!

Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami
Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu 'syaitan' lelaki
Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN WANITANYA DAHULU.
Sesungguhnya, neraka itu hakiki...

Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,
Andai seorang lelaki itu datang...
Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan mata...

 INSYAALLAH..