Saturday, March 19, 2011

HATI BILA CINTA

                                                                

Lepas baca novel Sepupuku Suamiku, aku smakin teruja untuk dapatkan karya2 Lynn Alyna.. sbb bgi aku ceritanya, mudah nk faham, xd berbelit2.. ayat pun mudah n xsakit otak nk fikir.. hehe.. gaya penulisan pun slamba jer.. kira sesuai la utk golongan yg xsuka byk fikir macam aku niey.. hehe..
Fenn tu dh kahwin sebelum ni.. tpi laki dia meninggal dunia masa malam perkahwinan.. kira Fenn tu janda berhiaslah. Then, sjak tu, dia tkut nk brcinta lg.. apatah lg dia mmg syg sgt2 kat arwah suami dia tu.
suatu hari, mama DZ jumpa Fenn n dia pun berkenanlah nk buat si Fenn tu sbagai menantu.. Tp DZ xnk sbb dia pernah terluka krn wanita. ttpi stelah mama dia asyk desak, dia pun mulalah mgorat si Fenn (wlupun masa tu hatinya belum betul2 nkkan Fenn).Yg best nya, diorg ni asyik gaduh je.. mmg x pernah nk aman.. tp biasalah yg macam org kata, mula2 gaduh, nnti syglah.. haha..  lpas DZ btul2 jatuh cnta kat Fenn, dia lamar Fenn tpi asyik di reject jer.. cian la.. Apa yg bestnya, satu hari tu, diorang accident. So, DZ pun ambillah kesempatan tu untuk smakin mndekatkan diri dgn Fenn. Dia bg syarat kat Fenn supaya jd kekasih dia slama 90 hari, klu xnk dia ambil tndakan undang2. n si Fenn pun terima. haha.. Pandai gk DZ tu ambil kesempatan ye..

TAJUK: HATI BILA CINTA
PENULIS: LYNN ALLYNA
PENERBIT:KAKI NOVEL
HARGA: RM20
UNDIAN: 4 BINTANG

SINOPSIS:

Dua-dua tak sebulu. Bila si lelaki kata mahu, si perempuannya pula kata tidak. Hari-hari kerja mereka bergaduh saja. Macam anjing dengan kucing. Pantang berjumpa, pasti tak sah kalau si perempuan tak mengalirkan air mata. Boleh ke si dara dan si teruna ini hidup bersama?

Dalam benci ada cinta. Mulut kata benci tapi hati tetap kata cinta. DZ tak mengalah walaupun berkali-kali dia ditolak. Fenn telah menutup pintuk hatinya untuk bercinta semula. Pelbagai cara dibuat untuk memastikan si dara jatuh ke tangannya. Dendam sudah bertukar rindu dan sayang.

Fenn tak mahu cepat mengalah. Cintanya sudah berkubur bersama jasad lelaki yang paling dicintainya. Tapi siapa yang mampu mengelak kehendak Tuhan. Sekuat mana mindanya menolak, sekuat itu jugalah hatinya menarik DZ ke dalam jiwanya.

“Cinta Iqram Dzulqarnain hanya untuk Nur Fazreen.”

Mampukah Nur Fazreen juga mengungkapkan kata-kata yang sama?

No comments:

Post a Comment