Jgn diikutkan hati remajamu,
kelak kau akan menyesal x berkesudahan..
menyesal kerana itu dan ini tidak kau buat..
Jangan diikutkan gelodak jiwamu,
hidup kesunyian diisi berpasang-pasangan
Nanti kau terjebak ke kancah persimpangan
menjerat dirimu ke dalam perangkap yang kau ciptakan
Jangan diikutkan darah mudamu,
panas membara terbakar hatimu
mahu mngubah itu dan ini
tanpa kau sedar dirimu itu perlu kau ubah
jangan diikutkan nafsu syaitanmu,
pandangan tanpa batasan
Menjatuhkan akhlak, merosakkan jiwa,
memalingkan dirimu dari jalan yang lurus
Jangan diikutkan godaan temanmu,
berfoya-foya berlebih-lebihan
Kelak masamu dibaziri tanpa kemaslahatan
Jgn kau mimpi terbang di awan,
Jika sayapmu masih kau simpan..
Sekalipun sayapmu kau kepakkan,
Belum tentu kau mampu bertebangan..
Jangan kau impikan taman harapan
Jika kau termenung merenung bulan
Indah pada matamu sayang belum pasti
yang ada dapat di tangan kau kan senyum
Jangan kau impikan eputusan yang gemilang
Kalau bukumu hanya dalam simpanan
Cikgumupula sekadar jadi perhiasan
dan temanmu sekadar jadi bahan bualan..
Jangan kau impikan kesetiaan teman
Jika hari ini dia kau permainkan
Berilah bantuan tanpa balasan
dan keikhlasanmu pasti mendapat berkat tuhan
jangan kau impikan nikmat syurga
Jika pada ibumu suara kau tinggikan
Pada ayahmu muka kau palingkan
Mungkin kau telah dewasa
tapi dewasamu xke mana tanpa mereka
Semuanya ghalib?
Remaja dengan rentak segalanya cepat,
Enggan lari dri persoalan
hanya kewarasanmu yang dapat mengatasi..
segala jangan...
*puisi ni aku x ingat dah aku cedok kat mana... xkisahlah.. yg penting, segala inti pati
n segala mesej yang nk disampaikan oleh penulis tu, sampai kepada kita.. Bersama-samalah kita renungkan n menjadikannya sebagai panduan dalam kehidupan kita agar hidup kita sentiasa berlandaskan syariat Islam.. Amin..


No comments:
Post a Comment